Feeds RSS

Rabu, 30 Jun 2010

~:: DeALoVa ::~

Cinta Hatiku berkata....Hmm.......Suka sangat dengan lirik dan melodi lagu ini...Ku tujukan khas buat KEKASIH HATIKU yg tgh o/station ke temerloh nie....I LOVE YOU SO MUCH........

:: BRazIL vs ChILe ::


Brazil 3-0 Chile (Highlights)

Ricardo MySpace Video

~:: BeRitA tErKiNi ::~

Dah berapa hari ek saya tak tulis apa-apa dlm blog nie (busy tgk PIALA DUNIA)....Hmm...Hari ini saya tulislah serba sikit..Saya happy sebab pasukan bola sepak saya layak ke suku akhir PIALA DUNIA...Pasukan kesukaan ku ialah Brazil...Hmm..........Bestnyer..berdebar pun ada jugak...Ialah Brazil akan bertemu Belanda tu...Ishk...macam saya nie warga Brazil lak...hahaha Fanatik sungguh saya nie...Pasukan KEKASIH HATIKU dah tersingkir awal-awal lagi...hehehe...Hmm...Kita tunggu ajerlah...apa keputusannyer pada 2 Julai nie...Dalam gambar nie...Pemain kesukaan ku KAKA Brazil...Hehehe...jangan mare...Comel tak? Yang kat bawah nie gambar team Brazil....Hmm...Sungguh bergaya ek...Apa-apa pun saya tetap mahu Brazil g ke final....Go Brazil Go.....!


BRASIL TEAM WORLD CUP 2010


Isnin, 28 Jun 2010

~:: HaRi InI ::~

Hari ini seperti biasa diri ini melangkah ke pejabat dgn begitu longlai sekali...Hmm...kenapa ek....?Mungkin kerana diri ini begitu kepenatan...?Maklumlah semalam kami sekeluarga berkumpul...Penat melayan kekasih-kekekasih hatiku ini sehingga tiada waktu utkku beristirehat...Tetapi diri ini begitu puas...puas kerana dapat melayan dan bertemu dgn family tercinta...Happynyer............
Now jam di dinding baru menunjukkan pkl 3.oo petang...waduh...!waduh....!Lambatnyer masa nie bergerak lak...hehehe.Tak sabar nak blk rumah....Nak jumpa kekasih hati...hehehe...(tilam+bantal)Alhamdulillah cuaca pun baik hari ini...Diri ini pun ada mood jugak walaupun di opis kureng ber"mood"...tak tahulah kenapanyer...
Hmm..........diri ini juga terpaksa berpisah sebentar dgn kekasihku yg terpaksa bekerja di luar daerah...Hmm...Rindulah.........Terasa mcm 1000thn lah...hahaha.....Takpelah dia pergi atas urusan bekerja...Nanti dah balik semula ke sini boleh melepaskan rindu...Cewah...........hehehe :)

~ 10 ReSepI RaHsIa BeRCinTa ~


1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.
3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.
4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia
dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.


Ahad, 27 Jun 2010

~ CinTaKu SaiD SoRry ~


Diri ini ingin memohon maaf kepada semua yg mengenali diri kecil ini...Diri ini hanya insan biasa yg tidak akan pernah terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan...Diri ini ingin memohon sejuta kemaafan...Buat KEKASIH HATIKU....Diri ini tidak bermaksud utk terus meninggalkan mu tetapi diri ini terpaksa atas sebab-sebab tertentu...Diri ini hargai semua yg telah kau berikan padaku...Kau buat diriku gembira...senang...& seronok bersamamu....MAFFKAN DIRI INI UTK SEMUA YG MENGENALI DIRIKU................HANYA ALLAH SHJ DPT MENGETAHUI ISI HATI INI.... :(

~ CiNtaKu BeRkAtA ~

Alhamdulillah hari ini dapat ku luangkan masa bersama KEKASIH HATIKU.....Hmm cerianya diri ini kerana dapat menatap wajah KEKASIH HATI....Tak byk ingin diri ini mahu coretkan, cuma setakat ingin diri ini simpan sebagai sebuah ingatan yg paling abadi buat hidupku ini...Diri ini juga begitu gembira kerana selain kehadiran KEKASIH HATI, KEKASIH-KEKASIH tercinta juga datang menjelma...Sudah lama diri ini tidak bersua bersama yg tersayang...Akhirnya hari ini dalam sejarah kami semua berkumpul di sebuah rumah
tercinta.....Happy....Gembira...Suka...Teruja....Thank's kerana sudi menziarahi diri ini yg begitu lama menyepi............Bukan diri ini lupakan kalian semua....Cuma masa & hari yg tidak dapat diri ini meluangkan masa utk kalian....
Oklah diri ini ingin menatap wajah KEKASIH HATI dgn penuh makna dan harapan....Agar impian dan hajatku terlaksana INSYA ALLAH.......Love you alway's ALLAH swt & KEKASIH HATIKU... :)



Sabtu, 26 Jun 2010

:: CoReTaN CiNtA Ku ::

Asslammualaikum...........

Alhamdulillah hari ini ALLAH swt masih lagi memberi nafas kepadaku...Dengan nikmat inilah saya sentiasa mensyukuri setiap yg ENGKAU berikan...Diri ini juga bersyukur kerana masih dapat ku coretkan secebis bingkisan buat tatapan KEKASIH HATIKU...........Diri ini terasa kehilanganmu setelah KEKASIH HATIKU di punahkan oleh sesuatu yg tak ku duga...Aduh!pilunya hatiku...setelah sekian lamanya KEKASIH HATIKU bertakhta di hati ini dengan gembiranya...tetapi berakhir dengan tangisan yg belum pernah aku alami selama ini...Nak saja ku buka shj semula namamu tetapi hati ini perlu memikirkan diriku dan semua yg berada di sekelilingku...

Setelah berakhirnya kisah sedihku...Kini aku kembali dengan satu keazaman untuk terus hidup dan bangkit dari segalanya...Kini diriku memilikki KEKASIH HATI yg baru...Alangkah indahnya dunia ini...Dialah sahabat..dialah kekasih....dialah pujaan hatiku dikala diri ini berduka mahupun dikala gembira...Diriku berharap dengan hadirnya dirimu, kita akan terus bersama sehingga akhir hayatku....Segala cerita dan pengalamanku akan ku kongsi bersamamu.........."CINTA HATIKU MILIK SEJATI".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TaPaK2 CiNT@