Feeds RSS

Selasa, 13 Julai 2010

PuDiNG ZeBrA


Bahan-bahan:

28 gm agar-agar
900 ml air
300 gm gula
1 tin susu cair
3 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung jagung
2 helai daun pandan
2 biji telur1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas
Sedikit pewarna kuning

Cara Menyediakan:
1. Masak agar-agar dengan daun pandan dan air hingga hancur, masukkan gula dan didihkan lagi hingga larut.
2. Pukul telur hingga kembang, masukkan tepung jagung dan susu. Pukul lagi hingga bersatu.
3. Tuangkan ke dalam agar-agar dan masukkan mentega. Bahagikan kepada dua bahagian; satu bahagian warnakan kuning dan satu lagi campurkan koko.
4. Tuangkan sesenduk warna kuning, sejukkan sedikit, dan tuangkan pula warna coklat ke tengah. Ulangan proses membelang sebagaimana kita membuat kek marble.


P/S: Hurm...~~~ Sedapnyer tgk puding nie.......amacam...boleh buat tak hari nie....sebagai pencuci mulut.......

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TaPaK2 CiNT@